Undang-undang Malaysia boleh dibahagi kepada dua jenis undang-undang—undang-undang bertulis dan adat kebiasaan. Adat kebiasaan ialah undang-undang yang digubal dalamperlembagaan atau dalam perundangan. Adat kebiasaan adalah undang-undang yang tidak terkandung dalam mana-mana statut serta boleh didapati dalam keputusan kes. Ini dikenali sebagai common law atau undang case law. Dalam situasi-situasi di mana tiada undang-undang yang menentukan keadaan tertentu, maka undang Malaysia boleh digunakan. Jika tiada undang Malaysia, maka digunakan undang Inggeris. Ada juga kes-kes Australia, India, dan Singapura yang digunakan sebagai kuasa yang meyakinkan.Gunaan undang-undang Inggeris atau common law ditentukan dalam statut-statut ini. Seksyen 5 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan bahawa undang-undang Inggeris boleh digunakan dalam kes-kes di mana tiada perundangan tertentu yang digubal. Begitu juga, dalam konteks undang-undang sivil, Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil membenarkan penggunaan common law Inggeris, peraturan-peraturan ekuiti, dan statut-statut dalam kes-kes sivil Malaysia yang mana tiada undang-undang tertentu pernah digubal. Pada tahun 2007, Ahmad Fairuz Abdul Halim, Ketua Hakim Malaysia ketika itu, mempersoal perlunya mengambil jalan keluar dengan common law Inggeris padahal Malaysia sudah setengah abad merdeka dan mencadangkan agar undang-undang tersebut diganti oleh perundangan Islam atau syariah. Namun begitu,Majlis Peguam Malaysia membalas dengan menyatakan bahawa common law adalah sebahagian sistem perundangan Malaysia dan tiadanya asas untuk menggantikannya. Rayuan mahkamah ke Majlis Rahsia di England telah dimansuhkan pada tahun 1985.
Prinsip stare decisis juga dikenakan dalam undang-undang Malaysia. Ini bermakna mana-mana keputusan oleh mahkamah yang lebih tinggi dalam hierarki akan mengikat mahkamah lebih rendah.
Hukum adat
Satu lagi sumber adat kebiasaan adalah undang-undang adat. Kebanyakan kelompok etnik di Malaysia mempunyai undang-undang adat sendiri untuk diikuti. Ada yang masih berkuatkuasa, sementara ada yang kehilangan kuasa setelah diatasi perundangan Parlimen. Kaum Melayu di Semenanjung patuh kepada Adat yang berurusan terutamanya dengantempoh pegangan tanah dan pewarisan. Dua bentuk utama adat ini ialah Adat Perpatih dan Adat Temenggong. Adat Perpatih bersifat nasab ibu sementara Adat Temenggong pula nasab bapa.
Di Malaysia Timur terdapat juga undang-undang adat yang masih berkuatkuasa. Undang-undang ini digunakan terutamanya di kawasan luar bandar, dan dikuatkuasa oleh Mahkamah Asli. Di Sabah, suatu bentuk hukuman ganjil yang boleh dikenakan Mahkamah Asli ialah sogit, iaitu sebentuk ganti rugi yang mana pesalah diarah membayar dalam bentuk ternakan atautanaman. Mahkamah Asli ditabdbirkan oleh Enakmen Mahkamah Asli, dan keputusan mahkamah ini boleh dirayu di mahkamah-mahkamah utama Malaysia. Di Peninsular, Mahkamah Penghulu juga serupa peranannya.
Terdapat juga undang-undang adat Cina dan Hindu terutaman berkenaan hal undang-undang keluarga. Namun begitu, berikutan satu enakmen pada tahun 1976 undang-undang ini sudah hilang kuasanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan