Khamis, 19 Ogos 2010

Dasar Kebajikan Masyarakat Negara


 MUKADIMAH
Kehidupan masyarakat kian menjadi rumit akibat perubahan sosial yang semakin pesat. Keadaan ini mengakibatkan tekanan hidup bagi individu, keluarga, kelompok dan komuniti dalam manghadapi berbagai-bagai masalah sosial. Masalah sosial yang mendesak, yang boleh mengganggu kesejahteraan negara semakin bertambah dengan meningkatnya kadar penjenayahan, pelacuran, penderaan kanak-kanak, keciciran dan kenakalan di kalangan murid sekolah, kenakalan juvana, keganasan dalam keluarga, penceraian, pengangguran, pelarian kanak-kanak, penganiyaan terhadap orang tua, penyalahgunaan dadah, belia berpeleseran dan sebagainya.
Untuk mengatasi masalah ini, maka nilai keninsafan dan tahap kemampuan golongan tersebut perlu dipertingkatkan supaya berkeupayaan menghadapi cabaran semasa. Jika tidak dibendung besar kemungkinan ianya akan tercetus menjadi wabak yang sukar dikawal kelak serta menjejaskan kesanbaik yang sekian lama dilaksanakan oleh negara ini. pendekatan serta peranan yang bercorak rawatan dan pemulihan tidak mencukupi dan harus juga merangkumi segala aspek pencegahan dan pembangunan.
Ketepatan pendekatan dan segala arah yang jelas perlu diutarakan dengan penggubalan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara yang bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan rakyat serta kestabilan masyarakat menuju ke arah pewujudan keadilan sosial.


MATLAMAT
"MASYARAKAT SEJAHTERA DAN TEGUH UNTUK KEMAJUAN NEGARA "
TUJUAN
Untuk menwujudkan masyarakat yang:
a. Bersemangat Berdikari

b. Menikmati  Peluang  Yang  Sama
c. Mengamalkan  Budaya  Ikram

STRATEGI
a. Membangunkan potensi manusia ke tahap ptimum serta meningkatkan daya ketahanan masyarakat untuk menghaddapi cabaran kemasyarakatan semasa;
b. Menwujudkan berbagai-bagai kemudahan supaya dapat meningkatkan tahap keupayaan untuk kemajuan diri dan individu;
c. Membina dan memupuk semangat tolong-menolong, Bantu-membantu untuk mengukuhkan budaya ikram
STRATEGI  KHUSUS
1. PEMBANGUNAN  POTENSI  MANUSIA
a. Norma dan nilai hidup berkomuniti yang positif diberikan tumpuan sebagai asas sokongan dan jagaan dalam komuniti.
b. Kemahiran hidup sebagai asas pembelajaran untuk meningkatkan ketahanan diri.
c. Asas utama dalam penyelesaian berbagai-bagai masalah sosial diberikan tumpuan pada pembangunan potensi individu dan kelompok.
d. lnstitusi sosial diperkukuh dan diperkembangkan untuk memainkan peranan sokongan bagi jagaan, bimbingan dan kemahiran hidup untuk kesejahteraan ahli-ahlinya.
2. PENINGKATAN  PENYAMAAN  PELUANG
a. Berbagai-bagai jenis kemahiran dipertingkat, diperpesat dan dipergiat dipergiat untuk memajukan diri serta menambahkan daya pernyesuaian terhadap suasana persekitaran.
b. Infrastruktur sosial dan perundangan diwujudkan bagi penglibatan aktif dan kelompok dalam kegiatan komuniti.
c. Berbagai-bagai kemudahan dalam masyarakat diwujudkan untuk mengurangkan rintangan yang menghalang kemajuan golongan tertentu.
d. Polisi dan program yang inovatif diwujudkan supaya setiap anggota masyarakat dapat dibantu agar mereka dapat hidup dengan lebih produktif.

3. BUDAYA  TOLONG  MENOLONG
a. Kesedaran, minat dan semangat budaya tolong menolong disemai dan dipupuk di semua peringkat masyarakat, khususnya di kalangan anak muda.
b. Kegiatan bergotong-royong dipertingkat dan diperluaskan untuk kebajikan masyarakat.
c. Tatasusila dan disiplin diri yang sempurna dipupuk bagi masyarakat seluruhnya untuk meningkatkan hubungan kemasyarakatan.
d. Berbagai-bagai sumber komuniti diadakan untuk membantu golongan tertentu.
PELAKSANAAN
Setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan organisasi swasta perlu menghayati serta menyumbangkan fikiran yang kreatif dan mengamalkan peranan aktif secara menyeluruh di semua peringkat bagi menjayakan DKMN. Antaranya ialah:
*Diperlukan usahasama antara individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan organisasi swasta untuk menggunakan sepenuhnya sumber komuniti yang terdapat di dalam masyarakat.
*Diperlukan hubungan bersepadu di kalangan agensi yang terlibat dalarn kebajikan masyarakat untuk mendapat faedah yang maksimum.
*Pekerja sosial dilengkapkan dengan berbagai–bagai pengetahuan dalam bidang pembangunan manusia serta kemahiran kerja sosial untuk meningkatkan tahap prestasi kerja.
*Diperlukan kepimpinan yang berkesan dan kawalan Kerajaan bagi perubahan dasar serta perkembangan dalam bidang kebajikan masyarakat melalui penyelarasan semua aktiviti dan penyelenggaraan piawaian minimum.
*Diperlukan peningkatan program penyelidikan sebagai asas penting dalam pembentukan dasar sosial, pengwujudan program baru serta penilaian program yang sedia ada.
*Diperlukan pengukuhan semangat bersepadu di kalangan penubuhan sukarela untuk kemajuan kebajikan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails