Pengajian Am Kertas 2


Umum                   
Pada kebiasaannya, para pelajar gagal memperolehi markah yang tinggi dalam bahagian esei kerana pelajar gagal memahami kehendak soalan, walaupun pelajar dapat mengarang dengan baik. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit maklumat bagaimana pelajar dalam mendekati tugasan soalan yang berbunyi “ bincangkan pernyataan  di atas ”.  Pelajar perlu memahami pernyataan yang terdapat dalam soalan . Kebiasaannya terdapat  dua arahan dalam pernyataan soalan .( paling popular)  Bagaimanapun, pernah juga soalan STPM yang hanya meminta satu arahan atau tiga arahan. Jadi, pernyataan soalan itu sendiri  akan menentukan arahan sebenar yang perlu dijawab oleh calon STPM.
Teknik Memahami Soalan yang Berbunyi “ Bincangkan pernyataan di atas ”.
Arahan Cuba kenal pasti arahan/tugasan yang diminta dalam soalan berikut  dan sediakan rangka isi sebelum merujuk kepada jawapan.
1. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan  teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini .( 1997-soalan 4)
2 “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan positif industri  ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya.” Jelaskan penyataan ini.(1998-soalan 1)
3.  Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun, namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah  kepada negara-negara berkenaan.  Bincangkan(2004-Soalan 2)
4 Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni  dan kemanusiaan mesti dikorbankan.
Jelaskan  penyataan ini. (1997- soalan 3)
5. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas.( 2006-Soalan 2)
Soalan ini hanya ada satu arahan/tugasan.
6. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk  merealisasikan konsep mesra alam bagi   mengatasi masalah  alam sekitar. Bincangkan ( STPM 2006- Soalan 3)
Soalan ini ada tida arahan/tugasan.
7. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yang terus-menerus berkembang. Sungguhpun secara umum buruh kanak-kanak dianggap menyalahi undang-undang, tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan dan  kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya. Bincangkan pernyataan ini.( STPM 2002- soalan 1)
Bahagian C
Panduan Menjawab Bahagian C  
1.      Calon perlu menjawab soalan 5    ( laras sastera, a  atau  b) dan soalan 6 ( laras sains , a atau b ) 
2.      10 markah utk setiap soalan
3. Baca dan fahamkan petikan.
4. Fahamkan arahan soalan & jawab mengikut kehendak
    soalan.
5. Jawapan perlu ringkas dan padat.
6. Gunakan bahasa yg ringkas, padat &  gramatis 
Jawapan  utk bahagian (i)

  1. Lebih senang & jawapan boleh dikesan melalui petikan. Kemungkinan soalan juga bertanyakan definisi sesuatu konsep    (S6 – sains)
  2. Tiada had perkataan
  3. Jawab dalam 1 ayat.
  4. Gunakan ayat sendiri.
 Jawapan untuk Bahagian ( ii ) 
1. Soalan berbentuk KBKK
2. Jawab ikut arahan soalan.
3      Berikan 2 isi untuk jawapan bahagian ( ii )
4       Setiap isi perlu ada 2 huraian yang ringkas. 
Contoh soalan Exel 1 – JPS 
5 (a).    Sikap saling memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wajar menjadi teras perpaduan. Kita perlu mempastikan hubungan baik ini berkekalan dan semangat tolak ansur menjadi pegangan kehidupan seharian supaya generasi masa depan dapat mewarisinya, sekaligus membudayakan cara hidup ini demi kemakmuran serta keamanan negara…                                                             (Dipetik daripada http://www.bharian.com.my)  
(i)         Apakah yang anda faham tentang teras perpaduan?

Jawapan ( i )
Teras perpaduan bermakna sikap saling  memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini. (jawapan kurang baik kerana tidak menggunakan ayat sendiri) 
Teras perpadauan bermaksud kaum-kaum berlainan di Malaysia saling memahami  cara hidup, budaya dan agama masing-maisng.
( Jawapan lebih baik ) 

(ii)        Dengan   menggunakan  tidak   melebihi   50  patah  perkataan,  jelaskan langkah-langkah untuk merealisasikan perpaduan di negara kita.          
Jawapan ( ii )  
Kerajaan boleh memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan. Penubuhan sekolah wawasan memberi peluang kepada pelajar berbilang kaum berinteraksi dan memahami budaya antara satu sama lain. Selain itu, amalan rumah terbuka diadakan semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Keadaan ini memberi peluang kepada rakyat berbilangan kaum saling memahami  budaya dan memupuk intergasi. ( 50 pp)  


Bahagian D
Arahan :
Sila kena pasti kata kunci ( arahan soalan), kemudian tentukan  bentuk graf yang sesuai bagi setiap soalan sebelum merujuk kepada jawapan yang disertakan.
Jawapan setiap soalan akan diberi komen / kata kunci tertenu. Selamat mencuba.


1. Berdasarkan maklumat yg diberikan dlmm petikan di bawah, sediakan graf yg sesuai utk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yg dipilih dlm Pasaran Saham Kuala Lumpur.( 2000)


2. Berdasarkan maklumat yg diberikan di bawah, sediakan graf yg menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan Pertama Bursa Saham KL bagi tempoh  tahun 1990 dan tahun 1995.(1998)


3 .Dengan berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah ini, sediakan graf bar yg sesuai utk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pd tahun 1990 dan tahun 1995. ( 1996)
 4. Dengan menggunakan maklumat yg disediakan dlm petikan di 
bawah ini, sediakan sebuah graf bar yg sesuai utk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1990. ( 1995)
  
5 Berdasarkan maklumat yg diberikan dalam petikan di bawah, 
sediakan graf bar yang sesuai utk menunjukkan peratusan 
perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.(2004)

6.Berdasarkan maklumat yang diberikan  dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan  kadar perubahan bilangan  kes kebakaran mengikut punca dari tahun 1996 hingga 2000.(2003) 


7. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar yang sesuai utk menunjukkan kuantiti eksport tiga komoditi utama antara tahun 1989 hingga tahun 1992. Pada gambar rajah yang sama, tunjukkan juga jumlah pendapatan eksport tiga komoditi utama itu bagi  tempoh yang dinyatakan, dengan menggunakan graf garis. (1994 )


8 Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institut pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut. (1993)


9  Dengan menggunkan maklumat yg diberikan di dalam petikan bawah, sediakan graf bar yang menunjukkan bilangan kes jenayah perdagangan yang dilaporkan kpd pihak polis, bilangan orang yg ditangkap dan bilangan mereka yang didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah tersebut di antara tahun 1985 hingga 1989. ( 1991)


10. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang  diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad ( CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yangditawarkan pada tahun 2004. ( 2008)


11 Berdasarkan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan carta yg sesuai utk menunjukkan perbezaan peruntukan perbelanjaan sektor ekonomi kerjaan Persekutuan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malayisa ketujuh. ( 2000)



12. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan import dan eksport Malaysia bagi tahun 1998.



13. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.( 2008)

Bahagian E ( Jadual )

Secara umum, setiap tahun mesti ada sekurang-kurangnya satu soalan tentang jadual/ grafik dalam soalan STPM. Terdapat cara  tertentu semasa menjawab soalan jadual. Rujuk soalan jadual berikut, fahamkan arahan dan sediakan rangka isi sebelum merujuk kepada cara untuk mendapatkan jawapan.

Soalan
Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola pinjaman yang dibiayai oleh institusi kewangan kepada beberapa sektor tertentu dari tahun 1996 hingga 1999.
Pola Pinjaman Oleh Institusi Kewangan dari Tahun 1996-1999
RM Juta
Sektor/tahun
1996
1997
1998
1999
Perkilangan 
2900
3000
3100
3200
Perlombongan
950
950
950
950
Perniagaan
5000
6000
8000
6500
Pengangkutan
980
970
990
1500
Jumlah
9830
10920
13040
12150
                                                       (   sumber : data rekaan)

       No Image

Bahagian E ( Carta Aliran)
Pengajaran dalam bahagian ini agak sukar kerana tidak ada satu panduan yang berkesan dalam pengajaran carta aliran. Soalan yang ditanya dalam soalan STPM berlainan dan tidak ada hubung kait  setiap tahun.  Terdapat 2 cara mendekati soalan carta aliran, iaitu menggunakan pendekatan proses dan bukan proses.  Soalan-soalan tahun lepas digunakan sebagai bahan pengajaran dan soalan latihan. Cadangan jawapan disediakan,  pelajar dikehendaki mendapatkan soalan-soalan yang tercatat.

a.  Teknik mendekati soalan berbentuk  ” Proses” – terikat dgn pergerakan anak panah

             # 1999 : bagaimana kemiskinan di desa dikurangkan
             # 2004 : Fasa yang perlu dilalui oleh sebuah firma dlm 
                            prose 
mengurus secara strategik
             #2003 : Peringkat –peringkat yg dilalui oleh Projek X utk
                           menghasilkan sesebuah projek pembangunan yang
                           berkesan. 

b. Teknik mendekati soalan tidak berbentuk ”proses”- tidak terikat dgn anak panah

             # 1994 : Pelbagai kegunaan air
             # 1998 : Faktor langsung dan tidak langsung 
                            mempengaruh 
amalan pemakanan
             # 2002 : Pelbagai pihak terlibat dlm pembangunan alam





Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM -
Related Posts with Thumbnails