Khamis, 19 Ogos 2010

Rancangan Malaya 1



Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966–1970) ini membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
Rancangan ini mempunyai objektif seperti:
1.    memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
2.    meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
3.    membangunkan ekonomi luar bandar.
4.    mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
5.    Mengurangkan pengangguran
6.    memajukan sektor perindustrian.
Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan pertanian.
FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara. Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.
Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:
§  FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan projek tanah kerajaan.
§  MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.
Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam dengan lebih luas lagi.
RMK1 menyaksikan penubuhan MAJLIS AMANAH RAKYAT (distruktur semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.
Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti TampoiPetaling JayaBatu TigaPrai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayang di Sabah.
RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa Melayu. 
Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails