Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam. Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “
The Real Malay” yang menggambarkan lelaki Melayu adalah rendah, berambut hitam lurus, berkulit coklat gelap serta mempunyai bentuk hidung dan bibir yang besar.
Perkahwinan campur antara bangsa bukan Melayu dan Melayu dewasa ini sedikit sebanyak merubah identiti dan perwatakan unik orang Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu pada zaman dahulu. Bangsa Melayu dilihat banyak mendiami sekitar Asia Tenggara dan mengamalkan adat resam, budaya dan bahasa yang sama.
Asal-usul bangsa Melayu masih lagi dibincangkan dan dari mana datangnya perkataan Melayu juga masih belum dapat disahkan oleh sejarawan secara tepat.
Sumber yang diambil dari Wikipedia pula memetik perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu yang terletak di hulu Sungai Batang Hari di Sumatera, Indonesia. Pendapat lain pula mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Jawa Kuno iaitu “berlari” atau “mengembara”. Ini dikaitkan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Asia Tenggara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan