Soalan Latihan





1)

- Mewujudkan kerjasama yang erat antara sektor swasta dengan sektor
awam.
- Menggalakkan perkongsian maklumat dan saling memahami matlamat
kedua-dua sektor.
- Berusaha untuk menggunakan teknologi baru dalam proses pengurusan.
Matlamat – matlamat di atas berkaitan dengan
A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Produktiviti Negara
C. Dasar Persyarikatan Malaysia
D. Kerjasama Teknikal Malaysia.

2)
Dasar Kerajaan Objektif Utama
I Dasar Penswastaan X
Mewujudkan kerjasama erat antara
sektor awam dengan sektor swasta
untuk mencapai faedah bersama

II Dasar Persyarikatan Y
Meningkatkan kecekapan dan
penghasilan kerja untuk memastikan
keuntungan maksimum dicapai.

III Dasar Pandang Ke Timur Z
Meningkatkan prestasi pengurusan dan
pembangunan serta mempunyai nilai
dan etika kerja yang positif.
Padankan dasar –dasar kerajaan I,II dan III dengan objektif-objektif
utama X,Y dan Z.
I II III
A X Y Z
B Z X Y
C Y X Z
D Y Z X

3). Yang berikut adalah dasar-dasar pembangunan di Malaysia. Padankan
objektif X ,Y dan Z dengan dasar I,II dan III.
Dasar Objektif
I Wawasan 2020 X Meninggikan tahap penyelidikan
dan pembangunan teknologi
tempatan.
II Dasar Perindustrian
Negara
Y Menjadikan Malaysia negara
industri,maju,makmur dan bersatu
padu.
III
Dasar kebudayaan
Kebangsaan
Z Membentuk satu identiti nasional
sebagai asas pemupukan
perpaduan negara.
I II III
A X Y Z
B Y Z X
C Y X Z
D Z X Y

4). Yang manakah antara berikut merupakan tumpuan utama Dasar
Peningkatan Daya Pengeluaran Negara ?
A mewujudkan kerjasama dan saling membantu antara sektor awam
dan sektor swasta
B meningkatkan daya pengeluaran dalam semua sektor untuk
menghadapi
persaingan ekonomi antarabangsa
C mengagihkan sumber secara berkesan dan cekap
D meringankan beban kerajaan

5). Dasar Beli Barangan Buatan Malaysia merupakan satu dasar sokongan
kepada…
A Pelan Induk Perindustrian
B Dasar Pertanian Negara
C Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
D Dasar Perindustrian Berat.

6). Antara yang berikut, yang manakah mungkin menjadi masalah
penghalang Dasar Pandang ke Timur ?
I Masalah bahasa
II Kenaikan harga yen
III Sikap anti kerajaan
IV Ketidaksungguhan kerajaan melaksanakan dasar ini.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I,II dan III

7) Antara yang berikut yang manakah merupakan perbezaan antara badan
berkanun dan badan tidak berkanun?
I Badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau
Enakmen Negeri manakala badan tidak berkanun diperbadankan di
bawah Akta Syarikat.
II Badan berkanun merupakan agensi kerajaan manakala badan
tidak berkanun bukan merupakan agensi kerajaan
III Badan berkanun boleh meminjam pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan tetapi badan tidak berkanun tidak boleh meminjam
pegawai Perkhidmatan Awam.
IV Badan berkanun boleh menubuhkan anak syarikat tetapi badan
tidak berkanun tidak boleh menubuhkan anak-anak syarikat.
A I,II,III
B I,III
C III,IV
D II,III,IV

8) Semua pernyataan berikut adalah benar tentang suruhanjaya kecuali…
A Suruhanjaya terbahagi kepada dua jenis,iaitu suruhanjaya tetap dan
suruhanjaya khas.
B Suruhanjaya tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu ,suruhanjaya
perkhidmatan dan suruhanjaya pilihan raya.
C Suruhanjaya khas bersifat sementara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah kecemasan.
D Suruhanjaya adalah tertakluk kepada arahan Menteri.

9) Yang manakah di antara berikut benar mengenai ahli Dewan Negara?
I Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh menjadi ahli Dewan
Undangan Negeri pada masa yang sama.
II Seseorang ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri tidak boleh menjadi ahli yang dilantik oleh Yang di Pertuan
Agong pada masa yang sama.
III Seseorang ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri tidak boleh mewakili lebih daripada satu kawasan pilihanraya.
IV Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh menjadi ahli Dewan Rakyat
pada sidang Parlimen yang seterusnya.
A. I,II dan III
B. II dan IV
C. I dan IV
D. II dan III

10) Semua yang berikut benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
kecuali
A Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau
Ketua Menteri.
B Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dianggotai oleh 4 hingga 8 orang
ahli serta 3 orang pegawai ex –officio.
C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada Raja
atau Yang Di Pertua Negeri.
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalankan kuasa eksekutif
negeri.

11) Yang manakah di antara berikut merupakan kementerian yang
mengakaun sendiri?
I Kementerian Dalam Negeri
II Kementerian Luar Negeri
III Kementerian Pertahanan
IV Kementerian Kesihatan.
V Kementerian Pendidikan
A I,II dan III
B II,III dan V
C I,IV dan V
D III,IV dan V

12).
PERKARA
I Perhutanan dan pertanian
II Keselamatan Dalam Negeri
III Pengairan dan Perparitan
IV Bekalan kuasa elektrik
V Perancangan bandar dan kampung
VI Hal ehwal agama Islam
Yang manakah di antara padanan berikut tepat?
PERSEKUTUAN NEGERI BERSAMA
A. I ,IV III, IV II,VI
B. II,IV I,VI III,V
C. I,III V,IV II,IV
D. I,V III,IV II,IV

13). Yang manakah di antara perkara-perkara berikut merupakan tolak ansur
antara kaum bagi mencapai kemerdekaan Tanah Melayu?
I. Kedudukan istimewa
II. Jawatan Perdana Menteri
III. Kewarganegaraan
IV. Bahasa Melayu
V. Hak mengundi dalam pilihan raya umum
A. I dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III danV


14) Kebebasan diri
Kebebasan beragama
X
Kebebasan bercakap
Sama rata di sisi undang-undang
Rajah di atas menunjukkan beberapa aspek kebebasan bagi setiap rakyat
di negara ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan
Persekutuan. Semua kebebasan ini dinyatakan sebagai X yang
dimaksudkan sebagai…
A. kebebasan individu
B. kebebasan asasi
C. kebebasan sejagat
D. kebebasan mutlak

15) Yang manakah diantara berikut merupakan kuasa budi bicara Yang di-
Pertuan Agong?
I Melantik seorang perdana menteri
II Melantik seorang Timbalan Yang di Pertuan Agong
III Menolakpermintaan Perdana Menteri membubarkan parlimen
IV Menolak permintaan Raja-raja Melayu mengadakan Mesyuarat
Majlis Raja-raja.
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan III
D. I,II dan IV

16) Yang manakah diantara berikut benar tentang Mesyuarat Majlis Rajaraja?
I Mesyuarat Majlis Raja-raja diadakan tiga atau empat kali setahun
II Mesyuarat Majlis Raja-raja hanya diadakan dengan dipanggil oleh
Yang di-Pertuan Agong
III Mesyuarat Majlis Raja-raja dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong,
Raja-raja Melayu dan para Yang di-Pertua Negeri.
IV Mesyuarat Majlis Raja-raja disertai oleh Menteri-menteri Besar dan
Ketua-ketua Menteri
A. I,II
B. III,IV
C. I,II ,III
D. I,III ,IV

17) Mengkaji dan menilai skim bantuan teknik dan kewangan negara.
daripada kerajaan asing dan institusi antarabangsa
- Menyediakan rancangan pembangunan kebangsaan lima tahun
secara menyeluruh
Antara yang berikut, yang manakah bertanggungjawab melaksanakan
tugas di atas?
A. Perbendaharaan
B. Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi
C. Unit Perancang Ekonomi
D. Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia

18). Antara yang berikut, yang manakah menjadi tanggungjawab dalam
Senarai Bersama?
I Perlindungan Mergastua.
II Membasmi kutu rayau
III Pemeliharaan penyu
IV Cuti Hari Thaipusam
A. I,II
B. II,III
C. I,III
D. III,IV

19). Sesuaikan pentadbiran di Sarawak berikut dengan pegawainya.
Pentadbiran Pegawai
I
II
III
IV
Bahagian
Daerah
Daerah Kecil
Kampung
Temenggung
Pegawai daerah
Pemanca
Ketua Kampung
A. I,II
B. II,III
C. I,III
D. III,IV

20). Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan utama Bank
Pertanian ditubuhkan?
A. untuk menghapuskan peranan orang tengah
B. untuk memberikan bantuan kepada peladang kecil yang tidak
bermodal
C. untukmembantu petani miskin ynag sering diancam bencana alam
D. untuk menyelaraskan pertanian di luar bandar

21). Antara yang berikut, yang manakah merupakan punca kewangan pihak
berkuasa tempatan?
I Cukai harta benda
II bayaran perkhidamtan dan lesen-lesen
III Pinjaman khas daripada KerajaanPusat
IV Kutipan dan hasil cukai pendapatan
A. I,II
B. II,III
C. III,IV
D. I,II ,III

TANGGUNGJAWAB X
PERSEKUTUAN
JABATAN PERDANA
MENTERI
KEMENTERIAN HAL
EHWAL DALAM NEGERI
JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM
22). Yang berikut adalah senarai Kementerian dan jabatan atau badan
berkanun di bawah jagaannya.Yang manakah di antara pasangan berikut
benar?
Kementerian Jabatan/Badan Berkanun
I Kementerian Dalam Negeri
II Kementerian Kehakiman
III Kementerian Pengangkutan
IV Kementerian Penerangan
Jabatan Pendaftaran Negara
Badan Pencegah Rasuah
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Lembaga Penapis Filem
A. I,II
B. II,III
C. III,IV
D. I,IV

23)Pernyataan di atas adalah tugas-tugas…
A. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
B. Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
C. Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (PUSPATI)
D. Unit Tenaga Nuklear di Jabatan Perdana Menteri

24) Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber-sumber hasil
yang perlu diserahkan kepada kerajaan negeri?
I Hasil daripada Pendaftaran Negara
II Hasil daripada lesen kereta bermotor
III Hasil daripada cukai hiburan
IV Hasil daripada cukai sampah
A. I,II
B. II,III
C. III,IV
D. I,III

- Menjalankan penyelidikan dalam penggunaan sains dan teknologi
nuklear
- Menghasilkan radioisotop untuk kegunaan dalam bidang
perubatan dan perindustrian

25) Antara yang berikut , yang manakah merupakan bidang kuasa sivil
Mahkamah Syariah yang berkuat kuasa terhadap penduduk beragama
Islam di Semenanjung Malaysia?
I Kesalahan menganiaya isteri
II Kesalahan tidak berpuasa pada bulan Ramadan
III Kesalahan tidak memberikan nafkah kepada tanggungan setelah
bercerai
dengan isterinya.
IV Kesalahan yang berkaitan dengan pembahagian harta sepencarian
suami isteri
A. I,V
B. II,III
C. III,IV
D. I,II ,III

26) Yang manakah antara yang berikut merupakan bidang kuasa jenayah
Mahkamah Syariah?
I Membatalkan nikah
II Membicarakan kes tidak membayar zakat
III Menjatuhkan hukuman ke atas penujal minuman keras
IV Membicarakan kesalahan-kesalahan matrimoni
V Mesyuarat Majlis Raja-raja Membicarakan kes tidak memberikan
nafkah
A. I,V
B. I,II,III
C. I,II,IV
D. II,III ,IV

27) Antara yang berikut yang manakah merupakan undang-undang tidak
bertulis di Malaysia?
I Keputusan mahkamah
II Undang-undang adat
III Akta dan Enakmen
IV Undang-undang Inggeris
A. I,II
B. II,IV
C. I,II, III
D. I,II,IV

28) Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah benar tentang
pelaksanaan undang-undang pada masa penjajahan?
I Undang undang adat yang diwarisi dianggap sebagai hukum Islam.
II Undang-undang adat kaum bukan bumiputera pun dipatuhi juga
dalam perbicaraan.
III Undang-undang Inggeris dikuatkuasakan sepenuhnya di Negerinegeri
selat.
IV Undang-undang adat penduduk tempatan terus diamalkan pada
masa penjajahan Belanda
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. I,III,IV
D. II,III,IV

29) Antara jawatan-jawatan berikut yang manakah ialah lantikan Yang di-
Pertuan Agong dan pemecatannya melalui tribunal?
I Perdana menteri
II Juruaudit Negara
III Speaker Dewan rakyat
IV. Peguam Negara
A. I,II
B. II,III
C. III,IV
D. II,IV

30) Antara yang berikut yang manakah merupakan kes-kes jenayah yang
boleh diadili oleh Mahkamah Syariah?
I berkhalwat
II bercerai
III mengajarkan ajaran sesat.
IV. minum Minuman Keras.
A. I,II ,III
B. I,II ,IV
C. I,III,IV
D. II,III ,IV

31) Selain statut, doktrin duluan kehakiman dipakai juga sebagai sumber
undang-undang dalam sistem perundangan Malaysia. Antara yang
berikut , yang manakah merujuk
kepada dokrin tersebut?
I Hakim mahkamah yang lebih lama memegang jawatan lebih berkuasa
daripada hakim mahkamah yang baru dilantik.
II Hakim mahkamah mesti mematuhi arahan ketua hakim Negara atau
Hakim Besar dalam membuat keputusan sesuatu kes.
III Hakim mahkamah berhak membuat prinsip kehakimanya sendiri
sekiranya tidak ada peruntukan dalam undang-undang bertulis.
IV Hakim mahkamah berhak merujuk kepad keputusan mahkamah
sebelumnya dalam perbicaraan kesnya.
A. I,II
B. I,IV
C. II ,III
D. III ,IV

32) Antara yang berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa Mahkamah
Persekutuan?
I memutuskan sebarang pertikaian antar negeri-negeri
II mempunyai kuasa meminda keputusan Mahkamah Tinggi
III mendengar rayuan ulang bicara kes sivil dan jenayah yang
diputuskan oleh Mahkamah Rayuan
IV. memutuskan persoalan Perlembagaan yang ditimbulkan dalam
perbicaraan di mahkamah yang lebih rendah
A. I,II III
B. I,II,IV
C. I,II,IV
D. I,II ,III ,IV

33) Antara yang berikut, yang manakah merupakan kes-kes sivil mahkamah
awam?
I Tuntutan perceraian suami isteri
II Tuntutan hutang
III. Pemalsuan mata wang
IV Kesalahan pecah amanah
V. Tuntutan harta pusaka
A. I,V
B. II,V
C. I,II ,V
D. I,III ,IV

34) Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi Jabatan Peguam
Negara?
I. Bertanggungjawab mendakwa pesalah jenayah yang berat
II. Melaksanakan semua tuntutan sivil bagi pihak kerajaan
III. Menasihati kerajaan dan menteri –menteri berhubung dengan
undang-undang
IV. Merangkakan rang undang-undang kerajaan negeri untuk
diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri
A. I,II
B. II,IV
C. III,IV
D. I,II ,III

35) Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan berbeza daripada bidang kuasa
Mahkamah Tinggi dari aspek…
A. mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Negara
B. menyemak keputusan mahkamah yang lebih rendah
C. membicarakan semula kes-kes sivil dan jenayah.
D. mengadili pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan kerajaan
Persekutuan.
Related Posts with Thumbnails