Rabu, 18 Ogos 2010

Kabinet Malaysia



Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.


Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parliment, Dewan Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.


Portfolio↓Menteri↓
Perdana Menteri MalaysiaMohd Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri MalaysiaMuhyiddin Mohd Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)Dr. Koh Tsu Koon
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)Mohamed Nazri bin Abd. Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi)Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)Jamil Khir Baharom
Menteri Dalam NegeriHishamuddin Tun Hussein
Menteri KewanganNajib Tun Razak
Menteri Kewangan IIAhmad Husni Hanadzlah
Menteri PertahananDr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanChor Chee Heung
Menteri Kerja RayaShaziman Abu Mansor
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan AirPeter Chin Fah Kui
Menteri Pertanian dan Industri Asas TaniNoh Omar
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriMustapa Mohamed
Menteri Luar NegeriAnifah Aman
Menteri PelajaranMuhyiddin Yassin
Menteri Pengajian TinggiMohamed Khaled Nordin
Menteri PengangkutanKong Cho Ha
Menteri Sumber ManusiaS. Subramaniam
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan MasyarakatShahrizat Abdul Jalil
Menteri Sains, Teknologi dan InovasiDr Maximus Ongkili
Menteri Sumber Asli dan Alam SekitarDouglas Unggah Embas
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan WilayahMohd Shafie Apdal
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaIsmail Sabri Yaakob
Menteri Perusahaan Perladangan dan KomoditiBernard Dompok
Menteri Belia dan SukanAhmad Shabery Cheek
Menteri KesihatanLiow Tiong Lai
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan KebudayaanRais Yatim
Menteri PelanconganNg Yen Yen
Menteri Wilayah PersekutuanRaja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails