- 1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.
- 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
- 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
- 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
- 1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
- 1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
- 1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
- 1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
- 1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
- 1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
- 1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
- 1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
- 1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
- 1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
- 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
- 1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
- 1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
- 2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
- 2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
- 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
- 2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
- 2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
- 2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober
Anugerah
Tahun | Nama Anugerah | Daripada |
---|---|---|
2010 | Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk Seri Utama | Persekutuan |
2009 | Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun | Persekutuan |
2007 | Bintang Republik Indonesia Adi Pradana | Indonesia |
2005 | Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.) | Terengganu |
2004 | Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) | Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India |
2004 | Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) | Cuba |
2004 | Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama | Melaka |
2004 | Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.) | Johor |
2003 | Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi | Sarawak |
2003 | Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri Diraja | Perak |
2001 | Fellowship Kehormat | Institute of Engineers Malaysia |
2001 | Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) - Dato' Seri Diraja | Perlis |
2000 | Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri Utama | Negeri Sembilan |
2000 | Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' Seri | Selangor |
1999 | Fellowship Kehormat | London Chartered Institute of Marketing |
1999 | Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Dato' Seri | Pahang |
1999 | Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima | Sabah |
1997 | First Class Order Of Friendship Of DPRK | Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara) |
1997 | Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk Seri | Pulau Pinang |
1994 | A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant | Thailand |
1994 | Grand Cross Of The Order Of Merit | Chile |
1992 | Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato' | Selangor |
1992 | Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik Korea | Republik Korea (Korea Selatan) |
1991 | Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure | Jepun |
1987 | Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat | Amerika Syarikat |
1983 | Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan | Republik Korea (Korea Selatan) |
1981 | Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Datuk | Pulau Pinang |
1979 | Darjah Johan Negeri (D.J.N.) | Pulau Pinang |
1974 | Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) | Persekutuan |
1971 | Ahli Mangku Negara (A.M.N) | Persekutuan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan