Rabu, 1 September 2010
Ahad, 22 Ogos 2010
Jumaat, 20 Ogos 2010
Asal Usul Melayu
Bila disebut perkataan ‘Melayu’, terus tergambar dalam benak fikiran bahawa orang Melayu berkulit gelap/sawo matang, tubuh badan bersaiz sederhana dan berambut hitam. Gambaran yang hampir sama juga pernah diceritakan oleh Frank Swettenham dalam makalahnya “
Khamis, 19 Ogos 2010
Rancangan Malaysia
Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British diTanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.
Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Abdullah Hj Ahmad Badawi
- 1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.
- 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
- 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
Tun Mahathir Mohamad
- 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.
- 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
- 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
- 1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
- 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
- 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.
- 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
Tun Hussien Onn
- 1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
- 1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
- 1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
- 1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO.
Sejarah Malaysia
Sejarah Malaysia adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripadaKepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negeri - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.
Dataran Merdeka
Sejarah awal
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi diMalaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.
Dasar Ekonomi Baru
- Tun Haji Abdul Razak
- Dicetuskan oleh Tun Abdul Razak
- Keperluan lebih dirasakan apabila tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei
- Umumnya berpendapat bahawa peristiwa sedemikian dapat dielakkan sekiranya kita berusaha
- Merapatkan jurang ekonomi
- meningkatkan pendapatan perkapita setiap kaum
- membasmi kemiskinan
- menyusun semula masyarakat
- melebarkan dan meluaskan peluang setiap kaum dalam ekonomi dan pentadbiran
- Program Ekonomi 20 tahun (1971-1991)
- Terbahagi kepada 5 penggal atau Rancangan Malaysia
- Dianggap gagal mencapai sasaran ekuiti saham 30% bumiputra
- Berjaya mencorak ekonomi yang mantap, pengurusan yang baik dan peningkatan sosio ekonomi setiap kaum di Malaysia
- Diantara kejayaan DEB dapat dilihat dengan tertubuhnya beberapa agensi dan syarikat yang berdaya maju seperti
- Tabung Haji
- Petronas
- KWSP
- Felda
- Permodalan Nasional Berhad
- Meningkatnya bilangan Universiti
- Jumlah usahawan dan ahli perniagaan bumiputera yang bergiat aktif terus meningkat
- Jumlah ahli profesional dikalangan bumiputra seperti CEO, peguam, doktor, pensyarah , jurutera dan akauntan meningkat
Walaupun pencapaian pegangan saham bumiputera di penghujung DEB hanya 17.8% tetapi DEB telah berjaya menambah ruang dan jenis kegiatan ekonomi kaum bumi putera telah pun bertambah.
Ada pihak yang beranggapan kegagalan pencapaian kaum bumiputera dalam DEB disebabkan beberapa perkara seperti :
- Rasuah
- mengalibabakan projek
- Modal kecil
- Pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkaitan amat kurang
Rancangan Malaya 4
Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan lima tahun Malaysia dari 1981 sehingga 1985. RMK4 masih bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosio ekonomi rakyat adalah:
- menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain dalam Malaysia
- mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam negeri
- meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
- membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
- mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
- menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
- memastikan pembangunan industri
Rancangan Malaya 3
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Tumpuan utama
Rancangan Malaya 2
Rancangan Malaysia
Kedua (RMK2)
(1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang
diperkenalkan oleh kerajaan
Malaysia dengan
sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan
rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan
mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang
asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan
ekonomi orang-orang Melayu.
RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai
tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu.
Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,
sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah
golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan
orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan
penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini
berakhir.
Latar
belakang
Walaupun orang-orang Melayu membentuk
kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi
mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki
sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu
(kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya
dipegang oleh orang-orang asing.
Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut
kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam
perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
Namun, RMP dlihat telah gagal menangani
masalah ketidakseimbangan ekonomi ini. Dasar-dasarnya juga menghasilkan
ketidakpuasan hati masyarakat bukan Melayu yang rata-ratanya menyokong
parti-parti pembangkang, yang lebih menyenangi pengurangan atau pemansuhantindakan afirmatif bagi golongan
Bumiputera, sewaktu pilihan raya umum 1969.
Sebuah perarakan kemenangan dianjurkan
pada 12 Mei oleh
penyokong-penyokong pembangkang yang membawa kepada perhimpunan balas pada
keesokan harinya oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah
parti utama di dalam gabungan Parti Perikatan yang memerintah
ketika itu. Namun begitu, perhimpunan itu berubah menjadi rusuhan yang
berlangsung selama dua hari. Sumber-sumber rasmi meletakkan jumlah kematian
sekitar 200 orang. Ada pihak-pihak lain yang memberikan anggaran yang lebih
besar manakala beribu-ribu yang lainnya (kebanyakan daripadanya ialah
orang-orang Cina) kehilangan tempat tinggal.
Perintah darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
dibentuk bagi memerintah Malaysia sehingga tahun 1971, apabila Parlimen
bersidang semula.
Semasa berkuasa, MAGERAN melaksanakan
DEB dengan tujuan utama membasmi kemiskinan di samping menyingkirkan
"pengenalan kaum mengikut peranan ekonomi" melalui sebuah
"ekonomi yang pesat berkembang". Selain itu, DEB mensasarkan pegangan
ekonomi bumiputera sehingga 30% di dalam jangkamasa 20 tahun. Malah sebuah
Rangka Rancangan Jangka Panjang dibentuk dengan tujuan yang sama seperti DEB.
Kedua-duanya disusun supaya tamat pada tahun 1990, manakala RMK2 diluluskan
oleh Parlimen dengan tujuan kedua-dua polisi ini.
Penstrukturan
semula ekonomi
RMK2 meningkatkan penglibatan kerajaan
di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang
Melayu terutamanya di dalam bidang pengeluaran dan pelombongan. Bagi
mengelak daripada menyekat pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan ini
memfokuskan perkembangan ekonomi yang lebih besar, supaya pada masa yang sama
pegangan ekonomi kedua-dua kumpulan — Melayu dan bukan Melayu — dapat
dikembangkan berdasarkan nilai mutlak selain meninggikan pegangan Melayu dalam
nilai relative.
Sejumlah M$7.36 bilion telah
diperuntukkan untuk RMK2. Walaupun peruntukan ini lebih rendah berbanding RMP
(M$10.5 bilion), rancangan ini berhasrat mencapai pengurangan kemiskinan yang
lebih besar dan mempertingkat penglibatan orang-orang Melayu di dalam sektor
swasta dengan mengenakan beberapa kekangan terhadap syarikat-syarikat
persendirian yang akan menerima manfaat daripada guna tenaga dan pegangan
ekonomi orang-orang Melayu.
Ketika rancangan ini diumumkan, golongan
bukan Melayu memiliki, menurut kata seorang pengulas, "monopoli secara
langsung terhadap guna tenaga perusahaan dan perdagangan persendirian",
dan bertumpu di kawasan-kawasan bandar. Tetapi, kepentingan-kepentingan asing
mengawal hampir kesemua perusahaan-perusahaan moden termasuk sektor
perkilangan, perbankan, kewangan, getah dan timah. Orang-orang Melayu
sebahagian besarnya terlibat di dalam pekerjaan luar bandar seperti
menanam padi, menangkap ikan,
mengerjakan ladang-ladang getah atau kelapa sawit secara kecil-kecilan dan
sebagainya. Mereka langsung tidak terlibat di dalam pekerjaan golongan kolar
putih seperti perkeranian dan hanya di perkhidmatan awam sahaja — dimana 80%
daripada pekerjaan di sektor ini dijamin untuk bumiputera — mereka menduduki
jawatan-jawatan atasan.
Kebanyakan ahli bagi sesetengah kerjaya
seperti perubatan dan guaman terdiri daripada bukan Melayu. Malangnya, dasar
kerajaan, seperti yang digariskan di dalam Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan, tampak mengekang penglibatan orang-orang Melayu di dalam sekor
swasta kerana memberi mereka keutamaan di sektor awam. Pengangguran di kalangan
semua kaum juga amat berleluasa, kebanyakannya diakibatkan kekurangan
pendidikan, dengan 70% daripada 275,000 penganggur berdaftar pada tahun 1970
berumur sekitar 15 hingga 25 tahun. Semua inilah yang dijadikan sasaran
kerajaan untuk diubah melalui perlaksanaan DEB dan RMK2.
Agensi-agensi kerajaan berikut telah
ditubuhkan bagi memenuhi sasaran kerajaan di dalam RMK2:
§ Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) - berfungsi
untuk menentukan harga padi yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil
pengeluaran mereka.
§ Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - berperanan
memaju industri perikanan dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden.
§ Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) - ditugaskan memberi bantuan kewangan
dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil getah.
Agensi kerajaan lain seperti FELDA
meneruskan usaha dalam pembukaan tanah dan penempatan baru di negeri Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah. Projek-projek
pengairan juga telah dilaksanakan seperti di Sungai Muda, Kedah, Sungai Kemubu, Kelantan dan di Sungai Kinabatangan, Sabah.
Pengindustrian
Beberapa agensi kerajaan yang ditubuhkan
sebelum pelancaran RMK2 telah meningkatkan penglibatan mereka di dalam ekonomi
negara sepanjang perlaksanaan rancangan ini. Agensi-agensi terbabit
termasuklah Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA)
dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Beberapa
lagi agensi pula ditubuhkan semasa RMK2 sepertiPerbadanan Nasional (PERNAS),
Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan juga Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).
PERNAS ditubuhkan bagi membeli perniagaan-perniagaan
dan menyertai syarikat kerjasama dengan sektor swasta selain membangunkan
industri-industri perintis yang akan dipegang sehingga golongan Melayu memiliki
modal yang mencukupi bagi mengambil alihnya kelak. Sehingga akhir perlaksanaan RMK2,
PERNAS memiliki lapan syarikat dengan pegangan 100% yang terlibat di dalam
bidang insurans, perdagangan, pembinaan, hartanah, kejuruteraan, sekuriti dan
perlombongan. Syarikat kerjasama juga ditubuhkan dengan pihak swasta bagi
membangunkan perusahaan perlombongan, pengkontenaan, pelancongan dan
perundingan.
Parlimen turut meluluskan Akta
Penyelarasan Perindustrian 1975 (Akta 156) sewaktu RMK2 yang memerlukan kesemua
syarikat pengeluaran baru dengan M$100,000 atau 25 atau lebih pekerja diberi
lesen oleh Menteri Perdagangan dan Industri. Bagi mendapatkan
lesen tersebut setiap syarikat perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan
oleh kementerian itu, yang boleh berubah-ubah. Pengeluar-pengeluar berketurunan
Cina amat tidak senang dengan pengenalan akta baru ini kerana mereka telah
beroperasi sebelum ini dengan kawalan yang minimum dari kerajaan.
Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan
bahawa akta tersebut tidak dirancang untuk mendatangkan masalah bagi sesetengah
kumpulan dan meneruskan perlaksanaannya. Menurut akta ini, syarikat-syarikat
swasta dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu syarikat-syarikat yang
diluluskan selepas 1 Januari 1972, syarikat-syarikat
yang diluluskan sebelum itu dan syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa lesen.
Kesemua syarikat yang tertakluk di bawah akta tersebut dimestikan menghantar
satu rancangan atau cadangan kepada kementerian bagi mencapai sasaran jangka panjang
pemilikan syarikat sebanyak 30% bagi orang-orang Melayu dan selebihya bagi
bukan Melayu. Cadangan yang diterima kemudiannya dipilih menjadi garis panduan
bagi menjalankan kegiatan syarikat.
Sehingga RMK2, sektor perusahaan hanya
bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia. Rancangan baru ini
seterusnya membentuk kawasan perindustrian di pantai timur bagi mengekang
masalah perpindahan penduduk dari desa ke bandar. Pantai timur sebenarnya
kurang membangun berbanding kawasan pantai barat.
Menjelang 1975, kegiatan pengeluaran
membentuk sebanyak 16% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia,
iaitu kurang satu peratus daripada sasaran RMK2. Sektor ini berkembang dengan
perlahan pada tahun 1975 akibat kelembapan ekonomi sejagat
pada tahun itu. Hal ini berbeza dengan pertumbuhan 15% yang dicapai pada tahun
1974 yang melebihi sasaran sebanyak 12.5% setahun seperti yang dicadangkan oleh
RMK2. Makanan, keluaran-keluaran kayu dan kimia membentuk majoriti sektor
perusahaan ini. Pertumbuhan ketara sektor pengeluaran sepanjang tempoh ini
telah dikaitkan dengan usaha-usaha kerajaan menubuhkan kawasan perdagangan
bebas. Pada tahun 1974, kawasan-kawasan tersebut telah diumumkan di
negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka. Perusahaan yang
terdapat di kawasan-kawasan ini kebanyakannya berasasakan elektronik, keluaran
getah dan tekstil.
Pada awal RMK2, sektor swasta menggaji
kebanyakannya pekerja dari golongan berketurunan Cina. Tetapi, mereka tidak
memiliki pegangan hak milik sebenar di dalam perusahaan moden.
Perlombongan
Sehingga lewat 1970-an, Malaysia
merupakan pengeluar utama bijih timah dengan membekalkan sekitar 40% kepada
negara-negara bukankomunis di seluruh
dunia. Walau bagaimanapun, simpanan bijih timah semakin berkurangan. Sumbangan
sektor perlombongan kepada KDNK negara ini pula diramalkan jatuh sehingga 13%
sepanjang RMK2 kerana berkurangnya simpanan bijih timah dan besi. Tetapi, bauksit dantembaga terus menyumbang
kepada sektor ini di awal 1970-an. Penglibatan kaum Melayu di dalam
perlombongan adalah sangat berkurangan dan sekitar 70% daripada sektor ini
masih dikawal oleh orang-orang asing. Ini merupakan warisan zaman
penjajahan British.
Banyak syarikat British, yang tiba pada
kurun ke-19 untuk mengeksploit sumber dan hasil galian asli Malaysia masih
belum beredar. Penglibatan masyarakat Melayu di sektor ini diburukkan lagi
dengan kecenderungan pihak British pada kurun ke-19 membawa masuk buruh-buruh
Cina yang murah dan hampir kesemua pekerja di lombong hingga lewat 1970-an
ialah orang-orang Cina.
Petroleum dan minyak mentah mula menyumbang
dengan ketara ke dalam ekonomi Malaysia pada dekad 1970-an ketika pelantar
dan loji penapis minyak yang baru dibina. Menjelang 1975, jumlah pengeluaran
minyak mentah dicatat sekitar 90,000 tong sehari (14,000 m³/h) dan kesemuanya
oleh syarikat minyak Shell.
Pada tahun 1974, hak eksklusif untuk memiliki, mengkaji dan mengeksploitasi
petroleum di Malaysia diberikan kepada syarikat milik kerajaan iaitu PETRONAS. Tahun berikutnya,
Petronas dianugerahkan hak tunggal ke atas pemasaran dan pengagihan kesemua
keluaran petroleum dan peruntukan untuk mengawal syarikat-syarikat lain tanpa
memiliki kepentingan hak milik di dalamnya tetapi melalui terbitan
pegangan-pegangan pengurusan kepada Petronas.
Jumlah orang-orang Melayu yang terlibat
di dalam sektor perlombongan meningkat bermula pada tahun 1970 ketika kerajaan
melaksanakan dasar-dasar merombak sistem ekonomi negara. Semasa RMK2 dimulakan,
kurang daripada 200,000 orang-orang Melayu diambil bekerja di dalam industri
perlombongan. Menjelang tahun 1990, jumlah itu mencecah sehingga sejuta orang
melebihi jumlah yang disasarkan pada asalnya.
Lesen-lesen melombong diperuntukkan khas
kepada orang-orang Melayu sebagai usaha menambah pegangan mereka di dalam
industri ini. Kerajaan tampak berusaha keras meninggikan pegangan Bumiputera
itu dengan memiliknegarakan beberapa syarikat perlombongan yang pernah dimiliki
orang-orang asing. Menjelang 1989, perbadanan milik kerajaan mengawal sekitar
60% keseluruhan industri perlombongan. Kerajaan juga dibantu oleh faktor
pengeluaran petroleum yang kemudiannya melebihi galian lain. Oleh kerana Petronas
merupakan syarikat milik kerajaan, ia juga dianggap sebagai perusahaan
Bumiputera. Namun, amalan kerajaan ini telah dikritik dengan hujah bahawa
syarikat-syarikat milik kerajaan adalah kepunyaan semua orang dan bukan hanya
Bumiputera.
Pertanian
RMK2 meneruskan usaha-usaha di bawah
rancangan lima tahun sebelum itu seperti Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya.
Walaupun perbelanjaan bagi pembangunan lain telah meningkat mencecah M$1 juta,
dana untuk pembangunan luar bandar juga ditambah. RMK2 menumpukan kepada usaha
mempelbagaikan tanaman di Malaysia. Rancangan Buku Hijaudilancarkan
pada tahun 1974 dengan tujuan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap
import makanan dengan menggalakkan petani-petani menanam sayur-sayuran
sepeti kacang panjang, cili dsb. dan menternak haiwan. Keperluan aktiviti
pertanian lain seperti baja, benih dan racun perosak pula diberi
subsidi.
Penanaman
dwimusim padi digalakkan
supaya pesawah boleh menuai padi dua kali setahun sekaligus meningkatkan
pengeluaran mereka. Lembaga Pertubuhan Peladang ditubuhkan pada tahun 1973 bagi
menyelaras kerjasama dalam sektor perladangan di antara persatuan-persatuan
peladang dan agensi-agensi kerajaan.
Pertumbuhan sektor peladang-peladang
kecil dipandang penting dalam membuka peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar
kemiskinan di luar bandar. Oleh itu, beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah
meluaskan saiz program pembangunan mereka. Pihak Berkuasa
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah(RISDA) telah
ditugaskan mempelbagaikan ladang-ladang pekebun kecil. Malah RISDA sendiri
telah menetapkan satu sasaran untuk membangunkan kawasan sejumlah 150,000 ekar (610 km²)
sewaktu RMK2.
Dasar utama seterusnya ialah rancangan
mempelbagaikan sektor perladangan dengan penanaman kelapa sawit. Ekonomi Malaysia
sebelumnya terlalu bergantung kepada getah. Pada waktu puncaknya, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) mengeluarkan hampir
separuh daripada keperluan getah sedunia. Walau bagaimanapun, Zaman Meleset sekitar 1930-an
telah menyebabkan harga getah jatuh merudum dan secara langsung memberi kesan
mendalam terhadap ekonomi negara ini. Maka, kerajaan berhasrat untuk mengelak
daripada insiden sama berulang kembali dengan mempelbagaikan sektor
perladangan. Sungguhpun begitu, RISDA dilihat telah melampaui batas kemampuannya
dalam percubaan mengambil semula tanah secara tergesa-gesa dan kemudiannya
dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit. Menjelang penghujung RMK2, hanya
40,000 ekar (160 km²) sahaja telah dibangunkan dengan separuh daripadanya ialah
ladang kelapa sawit.
Dasar kemajuan tanah dan penempatan
semula yang dijalankan oleh kerajaan, walau bagaimanapun, telah gagal untuk
memberi kesan positif terhadap masalah kemiskinan di luar bandar. Kerajaan
hanya berjaya menempatkan semula sejumlah 40,000 orang meskipun dianggarkan
sejumlah 535,000 keluarga yang terlibat di dalam usaha tani hidup di bawah
paras kemiskinan. Akibat kelemahan program itu, orang yang mendapat faedah
daripada rancangan ini tidak selalunya datang daripada golongan yang
benar-benar memerlukannya.
Sesetengah pihak juga mengatakan bahawa
proses rumit penempatan semula dan pembangunan kawasan baru diberi penekanan
lebih berbanding meningkatkan daya pengeluaran ladang-ladang dan kebun-kebun
sedia ada. Hal ini seterusnya dirumitkan oleh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan
kawalan ke atas hal ehwal tanah kepada kerajaan negeri sekaligus memerlukan
kerajaan persekutuan berunding dengan setiap kerajaan negeri satu-persatu.
Keluarga bukan Melayu di kawasan luar bandar juga tidak menerima faedah ini
kerana Perlembagaan Persekutuan memberi peruntukan khas sebahagian kawasan
sebagai tanah simpanan bagi orang-orang
Melayu dan ini menghalang kerajaan menerima masuk golongan bukan Melayu ke
dalam program ini.
Walaupun RMK2 telah memodenkan
negeri-negeri jelapang padi seperti Kedah dan Perlis (seperti
menggantikan kerbau dengan jentera membajak),
bukan semua pengusaha kecil menerima manfaat teknologi ini. Di dalam sektor
pertanian korporat, orang-orang Melayu hanya memiliki pegangan sekitar 0.3%
berbanding 60.8% yang dimiliki oleh kepentingan asing. Berbeza pula keadaanya
di dalam sektor bukan korporat yang menyaksikan orang-orang Melayu mengawal
sekitar 47.1%. Disebabkan kekurangan modal, kebanyakan pengusaha-pengusaha
Melayu masih terlibat di dalam kegiatan berdaya rendah apabila
RMK2 tamat.
Pengusaha-pengusaha sawah padi
digalakkan menuai padi dua kali setahun. Untuk tujuan itu, kerajaan membantu
dengan menggalakkan penggunaan teknologi jentera.
Kesihatan
RMK2 meneruskan inisiatif sebelum ini
dalam meningkatkan nilai pemakanan melalui beberapa program. Program terbabit
termasuklah galakan menanam makanan berkhasiat, panduan pemakanan dan
perancangan hidangan, selain peruntukan makanan bagi kumpulan-kumpulan yang
kekurangan zat makanan. Sungguhpun begitu, rancangan ini dirumitkan dengan
kekurangan kakitangan perubatan.
Walaupun perancangan keluarga ditetapkan
sebagai sasaran negara pada tahun 1964, usaha-usaha menggalakkannya dihambat
oleh pengabaian kerajaan. Kebanyakan berita kejayaan yang dicapai oleh Lembaga
Perancang Keluarga Negara berlaku sewaktu Rancangan Malaysia Pertama (RMP) dari
tahun 1966 - 1970. RMK2 berhasrat menambah 600,000 pengguna baru kaedah
perancangan keluarga tetapi kemudahan dan kakitangan tidak
diendahkan. Yang ironiknya, pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad secara efektif
meninggalkan polisi perancangan keluarga dengan melancarkan Dasar Kependudukan
Negara yang mensasarkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2100 mencapai 70
juta orang.
Pendidikan
Walaupun pendidikan di Malaysia hampir
dipinggirkan sewaktu RMK2 yang memihak kepada rancangan penstrukturan
sosio-ekonomi, beberapa usaha penting dijalankan sepanjang tempoh
ini. Pada tahun 1970, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, dijadikan bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi,
menggantikan bahasa Inggeris. Peperiksaan
kebangsaan yang sebelum ini berpandukan peperiksaan di Britain digantikan
dengan peperiksaan tempatan dan banyak buku teks dalam bahasa Melayu
diterbitkan. Menjelang tamatnya tempoh rancangan ini, hampir kesemua sekolah
aliran bahasa Inggeris telah diubahsuai untuk mengajar kurikulum berasaskan
bahasa Melayu.
Pada tahun 1973, Pusat Perkembangan
Kurikulum ditubuhkan. Misi utamanya ialah menyelaras projek merombak kurikulum
yang sebelum ini dikendalikan oleh beberapa jabatan kerajaan. Pusat ini juga
bertindak merombak kurikulam sains dan matematik selain memulakan usaha baru
meneliti kurikulum sains-sains kemasyarakatan.
RMK2 juga berharap untuk meningkatkan
peluang pengajian dan latihan dalam bidang vokasional dan teknikal. Walaupun
ada beberapa percubaan, kemajuan dalam usaha memperbaiki kurikulum hanyalah
sedikit sahaja. Hal ini berlaku kerana penumpuan lebih diberikan terhada usaha
memberikan peluang pendidikan umum yang langsung tidak membuka ruang untuk
latihan vokasioal dan teknikal. Namun begitu, beberapa sekolah teknik dan
vokasional telah didirikan sepanjang tempoh RMK2, tujuh daripadanya disiapkan
pada tahun 1975. Adalah diharapkan usaha ini dapat mengurangkan masalah
pengangguran terutamanya di kalangan belia.
Pengangkutan
RMK2
bercita-cita memodenkan jaringan kereta api di Malaysia yang
dianggap oleh kerajaan sebagai penting bagi usaha-usaha pembangunan dan juga
sektor perusahaan. Semua kereta api diubahsuai bagi menggunakan bahan bakar
yang lebih efisyen, iaitu diesel dan
kerajaan meninggikan peruntukan bagi penyenggaraan dan pemodenan prasarana
kereta api ini. Penekanan diberikan khususnya terhadap usaha-usaha menaiktaraf
gerabak sedia ada, laluan dan landasan kereta api serta kemudahan baik pulih.
Perkhidmatan
udara juga dikembangkan di bawah rancangan ini yang memberi peruntukan membeli
peralatan kawalan pelbagai cuaca dan trafik malam selain latihan bagi
kakitangan teknikal. RMK2 turut menyaksikan Penerbangan Malaysia-Singapura
dipisahkan menjadi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Penerbangan Singapura (SIA).
Sewaktu
RMK2 juga pengkontenaan diperkenalkan di Malaysia bagi mempertingkat
perkhidmatan pengangkutan. Rancangan ini menuntut penubuhan sebuah syarikat
logistik kebangsaan bagi mengendalikan pengangkutan darat. Maka, pada bulan
Ogos 1971, syarikat Kontena Nasional Berhad telah ditubuhkan. Pada bulan
Disember tahun yang sama pula, M. V. Benavon menjadi kapal kontena pertama yang
berlabuh di Malaysia, iaitu di Terminal Utara Pelabuhan Klang di Selangor.
Ketika
RMK2 terdapat dua buah pelabuhan di Malaysia. iaitu satu di Pulau Pinang dan satu lagi
di Klang. Rancangan ini
menggariskan usaha menubuhkan dua buah pelabuhan baru di Semenanjung Malaysia.
Tempat yang dipilih ialah Johor Bahru di Johor dan Kuantan di Pahang. Dua objektif utama
projek pembinaan ini ialah untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap
pengangkutan laut dan membawa pembangunan kepada negeri-negeri yang kurang
membangun. Pelabuhan Johor siap dibina pada
tahun 1977, manakala Pelabuhan
Kuantan mula
beroperasi pada tahun 1984.
Warisan
Pada penghujung RMK2 kadar kemiskinan
mencatatkan pengurangan daripada 49% kepada 43%. Kadar pengangguran pula
berkurangan sebanyak 0.1% kepada 7.4%. Peningkatan ketara bagi penglibatan
Bumiputera di dalam sektor swasta juga dicatatkan. Peratusan Bumiputera yang
diambil bekerja di dalam sektor pengeluaran bertambah daripada 29% kepada 33%,
sektor perdagangan pula mencatatkan peningkatan 10% kepada 34%. Pegangan hak
milik Bumiputera pula berlipat ganda daripada 3% kepada 7.8%. Sungguhpun
begitu, rekod ini masih belum dianggap sebagai membanggakan oleh banyak pihak,
lebih-lebih lagi kemajuan itu berlaku disebabkan pegangan syarikat perusahaan
kerajaan.
Walaupun rancangan ini pada awalnya
mensasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 12.5% setahun, hanya purata 11% berjaya
dicatatkan. Pertumbuhan itu sangat tidak sekata. Pada tahun 1973 KDNK tumbuh
sebanyak 27% manakala pada tahun 1975 pula ia hanya berkembang sebanya 3%
berikutan kemelesetan ekonomi dunia pada masa itu. Meskipun kerajaan
berusaha menangani pengangguran dengan mencipta 600,000 pekerjaan baru sewaktu
RMK2, jumlah penganggur sebenarnya semakin meningkat di antara tahun 1970 dan
1975. Pada tahun 1970, terdapat 275,000 penganggur manakala pada tahun 1975
pula sebanyak 324,000 orang direkodkan.
RMK2 juga terpaksa menghadapi masalah
yang tidak dijangkakan, iaitu inflasi. Di antara tahun 1972
dan 1975, indeks harga pengguna (IHP) meningkat
di luar jangkaan sebanyak 40%. Kadar purata inflasi pula sekitar 18% pada tahun
1974 tetapi menurun kepada 7% pada tahun 1975. Permasalahan baru seperti ini
dipertimbang oleh kerajaan semasa merancang Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3).
Sektor
perladangan dipelbagaikan melalui galakan kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil
menggantikan getah dengan kelapa sawit.
Satu lagi kesan mendalam RMK2 ialah
usaha-usaha mempelbagaikan tanaman. Di sebalik kegagalan RISDA memenuhi
sasarannya, industri kelapa sawit di Malaysia terus berkembang. Menjelang tahun
1998, kelapa sawit merupakan penyumbang kedua terbesar kepada KDNK Malaysia, di
belakang keluaran elektronik. Keseluruhannya, RMK2 lebih berjaya
berbanding dengan rancangan-rancangan sebelumya dalam menangani ketaksamarataan
dari segi ekonomi. Namun begitu, penekanan lebih bagi meningkatkan kedudukan
orang-orang Melayu telah membimbangkan golongan bukan Melayu. Apabila RMK3 pula
dilancarkan, kerajaan telah mengurangkan penekanan ini sebaliknya memberi
tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi lebih rancak yang akan memberi manfaat
kepada semua pihak.
Langgan:
Catatan (Atom)